ZAIM MOHZANI
  • HOME
  • BLOG

newspaper coverage on nation building school (malay)

6/3/2016

0 Comments

 

Organisasi oleh belia untuk belia

KOSMO! 6 Mac 2016

​TATKALA mendapat tahu mengenai sebuah organisasi belia yang baru ditubuhkan menganjurkan program, Lim Weng Marc, 28, pada mulanya berfikiran skeptikal.

Pada hematnya, program yang dianjurkan oleh organisasi yang dikenali sebagai Nation Building School semestinya sama seperti organisasi belia yang lain.

Weng Marc mengambil keputusan untuk menghadiri program pertama pada tahun lalu yang mengetengahkan topik Young Malaysians and Our Future: Looking Beyond 2020.

Ternyata sangkaan Weng Marc meleset setelah menghadiri program tersebut di samping mendapati ia bukan seperti program-program belia yang biasa.

“Selepas menghadiri program pertama, saya tekad untuk menyertai Nation Building School dengan menjadi ahlinya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Weng Marc menjelaskan, program-program yang diadakan banyak membuka matanya dan memberi inspirasi supaya menjadi seseorang yang berkaliber suatu hari nanti.

“Terdapat beberapa program yang menarik perhatian saya seperti The Story: Raja Singham. Figura tersebut, Raja Singham merupakan seorang pensyarah dan pengarah urusan di Kolej Asia Brickfields.

“Dalam segmen tersebut, beliau banyak menceritakan pengalaman dan cabaran yang dihadapi ketika membuka sekolah sewaktu zaman remaja.

“Program-program seumpamanya bukan sahaja memberi inspirasi kepada golongan belia bahkan mencetuskan idea dalam melakukan sesuatu projek nanti,” ulasnya.

Selain itu, program yang dianjurkan oleh Nation Building School memberi peluang kepada belia untuk berinteraksi dengan tetamu daripada pelbagai industri.

“Jika dulu saya tidak kenal sesiapa namun kini, saya mempunyai banyak rangkaian daripada pelbagai industri seperti teknologi, kesenian dan bisnes,” tuturnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0307&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_01.htm#ixzz4oEquBDnd 
0 Comments



Leave a Reply.

    Categories

    All
    Past Engagements
    Personal Development
    Policy
    Speeches
    Thoughts

    Archives

    July 2021
    April 2021
    February 2021
    January 2021
    November 2020
    September 2020
    February 2020
    October 2019
    April 2019
    March 2019
    November 2018
    August 2018
    June 2018
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017
    July 2017
    May 2017
    January 2017
    December 2016
    November 2016
    August 2016
    July 2016
    May 2016
    March 2016
    January 2016
    December 2015
    May 2015
    March 2015
    February 2015
    December 2014
    November 2014
    September 2014
    May 2014
    April 2014
    March 2014
    November 2013
    October 2013
    July 2013
    May 2013
    October 2012
    April 2012
    February 2012
    October 2011

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • BLOG